Wednesday, November 4, 2009

Perbahasan Dr Kumar Terhadap Belanjawan 2010 di Parlimen



Perbahasan Terhadap Belanjawan 2010

2hb November 2009



Saya amat kecewa dengan Belanjawan yang telah dibentangkan oleh YAB Perdana menteri pada Jumaat 23hb Oktober 2009 kerana walaupun Perdana Menteri berkata Kerajaan prihatin pada rakyat dan Slogannya adalah “rakyat didahulukan”, malangnya Belanjawan ini mengandungi beberapa dasar makro yang tentu akan memberi tekanan yang teruk pada rakyat kita.


Suatu antara dasar yang akan memudaratkan rakyat biasa ialah polisi bergantung pada FDI (Pelabur asing) untuk menjana perkembangan ekonomi kita. Marilah kita bersama-sama menganalisa perkara ini

Bagaimanakah kita boleh menarik lebih banyak FDI ke Malaysia. Bagaimana kita dapat menangani persaingan hebat antara Negara-negara di rantau ini untuk pelabur asing. Untuk Berjaya dalam persaingan untuk FDI dan Pelabur Asing kerajaan Malaysia telah melaksanakan tiga perkara untuk menjamin pelabur asing dapat untung lumayan daripada investmnent mereka di Malaysia.

Satu adalah gaji rendah untuk pekerja di Malaysia

Yang kedua adalah langkah-langkah untuk memperlemahkan kesatuan kestuan pekerja . Dan yang ketiga adalah untuk memastikan undang-undang perhubungan perusahaan dilonggarkan atau tidak dikuatkuasakan


Mengikut dasar ini, kerajaaan kita telah membawa masuk lebih daripada 3 juta pekerja asing supaya gaji pekerja biasa di Malaysia terus ditekan ke tahap rendah. Pada masa ini pendapatan bulanan pekerja kilang di Sg Siput hanya RM 450 sebulan – jika ta buat over-time. Ini bukan suatu gaji yang boleh menanggung keperluan sesebuah keluarga. Ini lebih merupakan pocket money sahja. Tetapi kita mengkekalkan gaji rendah kerana mahu mesra pada pelabur asing. Keraajan kita enggan membawa suatu akta gaji minima.

Suatu lagi pendekatan yang telah pun diambil oleh kerajaan kita untuk menarik lebih banyak FDI adalah usaha untuk mengurangkan perlindungan yang wujud untuk para pekerja kita. Undang-undang yang memberi perlindungan pada para pekerja telah dan sedang dilonggarkan. Umpamanya Seksyen 30 dalam Akta Perhubungan Perusahaan berkaitan ganti rugi untuk seorang pekerja yang dibuang kerja telah diubah. Dulu seorang pekerja yang dimangsakan dan dibuang kerja berhak dapat bayaran ganti rugi untuk tempoh masa yang diambil untuk menyelesaikan perbicaraan kes beliau. Jika ini ambil 6 tahun pekerja diberi pampas an untuk tempoh 6 tahun. Tetapi dengan perubahan baru tempoh 24 bulan telah ditetapkan sebagai tempoh maxima untuk tuntutan ganti rugi pekerja yang dibuang kerja walaupun dia dapat membuktikan di Mahkamah bahawa beliau telah dimangsakan.

Perubahan Seksyen 30 telah menjadikannya lebih senang untuk para majikan menghakis pemimpin-pemimpin pekerja yang berani mengemukakan masalah pekerja. Oleh ini kekuatan kesatuan pekerja telah dikurangkan


Ke engganan Menteri Sunber Manusia untuk merujuk kes ke Mahkamah Perusahaan merupakan suatu lagi langkah yang diambil untuk mematahkan usaha pekerja kita untuk keadilan di tempat kerja. Pada masa ini hampir 75% daripada semua kes yang dirujuk kepada Menteri Sumber Manusia tidak dibenarkan dibawa ke Mahakamah Perusahaan


Inilah antara langkah-langkah yang sedang diambil oleh kerajaan kita dalam usaha mereka menarik lebih banyak FDI ke Negara kita. Tuan Yg Di Pertua, kesimpulannya - kerajaan kita sedang menggadaikan kebajikan pekerja kita dalam usaha untuk menarik pelabur asing ke Malaysia.Inilah sebabnya saya terasa kecewa Tuan Yg Dipertua. Slogan nya sedap. Sebagai seorang sosialis saya juga suka dengar slogan seperti ini. “Rakyat didahulukan”. Tetapi cakap ta serupa bikin. Apa yang nak dibikin ini akan menyusahkan rakyat biasa di Negara kita .


Satu lagi kaedah yang dipakai oleh kerajaan kita untuk menarik FDI ke Malaysia adalah untuk meliberalisasikan ekonomi kita.


Tuan Yg Di Pertua, saya terima bahawa liberalisasikan ekonomi boleh menjana pertumbuhan ekonomi negara. Tetapi kesannya bukan seragam untuk keseluruhan rakyat negara. Lapisan atasan akan menikmati kebaikannya manakala lapisan-lapisan sederhana dan miskin akan menghadapi kesulitan akibat polisi meliberalisasikan ekonomi.


Segelintir orang yang berpelajaran mungkin akan dapat kerja dengan gaji dan terma yang baik dengan syarikat asing yang datang melabur di Malaysia. Segelintir syarikat yang ada connection baik mungkin akan dapat beruntung oleh kerana penjanaan ekonomi yang dibawa oleh polisi liberalisasi. Tetapi lapisan masyarakat yang berbendapatan rendah dan sederhana akan mengalami kemerosotan dalam kualiti hidup mereka.


Tuan Yg Di Pertua, izinkan saya sentuh beberapa perkara spesifik dalam Belanjawan 2010 untuk menghuraikan mengapa saya berkata rakyat akan dirugikan oleh dasar liberalisasi yang terkandung dalam belanjawan ini.


Suatu antaranya adalah Polisi Pelancongan kesihatan

- Kita semua tahu 70% daripada rakyat kita masih pergi ke hosp kerajaan untuk rawatan in-patient.

- Kita juga sedar bahawa brain drain adalah antara masalah yang serius untuk hosp-hosp awam kita. Hanya tertinggal 30% daripada doctor pakar di hosp-hospital kerajaan

- Kita juga sedar bahawa suatu masalah pokok di hospital-hospital kerajaan adalah kekurangan pakar perubatan

- Bolehkah sesiapa nafikan bahawa perkembangan pelancongan kesihatan akan menjana pertumbuhan hosp swasta, dan ini akan mempercepatkan penghijarahan doctor pakar daripada Awam ke Swasta.

Tetapi ini yang ingin dilakukan oleh kerajaan kita.


Polisi pelancongan kesihatan mendahulukan kepentingan siapa Tuan Yg Di Pertua. Rakyat di dahulukan ataupun GLC-GLC yang mengendalikan hosp-hosp swasta?


Isu yang kedua adalah Dasar Penswastaan. Perdana Menteri kita telah menyatakan dalam belanjawan bahawa “Kerajaan akan mengurangkan secara beransur-ansur penglibatannya dalam aktiviti ekonomi yang bersaing dengan sector swasta. Kerajaan akan menswastakan syarikat di bawah Kementerian Kewangan dan agensi kerajaan yang berdaya maju”. ” .


Saya ingin memperingatkan Dewan ini bahawa Institut Jantung Negara juga salah suatu syarikat di bawah Kementerian Kewangan yang berdaya maju. Walaupun nama-nama syarikat yang akan diswastakan di bawah polisi ini tidak dinyatakan, kita tidak boleh lupa bahawa tahun lalu IJN hampir diswastakan kepada Sime Darby secara-cara tergesa-gesa. Sime Darby sekarang mempunyai Hospital Swasta dengan Unit Cardiology yang terbesar di sector swasta. Jika Sime Darby dapat menguasai unit cardiology terbesar dan terbaik di sector awam juga, cantik sangat keadaan Sime Darby – monopoli dalam bidang cardiology.


Jika ini berlaku kepentingan siapa didahulukan? Rakyat biasa ataupun Sime Darby? Kepentingan Yang Berhormat yang berada di sini juga terjejas sekiranya penswastaan IJN berlaku apalagi pengundi biasa kita?


Perkara ketiga yang saya ingin sentuh adalah regim cukai negara kita. Dalam Belanjawan 2010, cukai terhadap individu yang kaya telah dikurangkan 1% ke 26%. Mungkin orang ramai akan ingat 1% sahja. Bukan masalah yang besar.Tetapi kita mesti menyedari bahawa kadar cukai terhadap lapisan kaya dan kaum korporat telah diturunkan beransur-ansur dalam tempoh dua puloh tahun yang lalu. Pada tahun 1988, cukai syarikat adalah 40%. Sekarang hanya 26% sahaja..



Tuan Yg Pertua, sesebuah kerajaan memerlukan pendapatan untuk menguruskan pentadbiran Negara, pembekalan kemudahan asas untuk rakyat dan sebagainya. Persoalannya adalah - Dari Manakah dana perbelanjaan ini? Daripada lapisan kaya dan kaum korporat ataupun diperas daripada rakyat biasa?


Dasar kerajaan kita untuk bermesra pada kaum korporat ataupun untuk terus “business friendly” telah melahirkan strategi memindahkan beban cukai daripada lapisan kaya kepada rakyat biasa. Strategi ini sedang dilaksanakan - 40% ke 26%.


Dalam Belanjawan 2010 Perdana Menteri telah berkata “Kerajaan adalah dalam peringkat akhir kajian perlaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST)”Izinkan saya merujuk pada anggapan jurucakap lapisan kaya. Ini dipetikkan daripada m/s 9 Biznews pada 29/10/09. Saya baca


“The Goods and Services Tax will stabilize the government’s finances in the long run says Ernest & Young. XX, one of it’s partners suggested that the strategy would be to start low and pull up the rate every few years. As in most countries with the GST in place, a reduction in corporate and personal tax will follow suit he said.”

Kepentingan siapa didahulukan dalam perkara ini Tuan Yg di Pertua? Rakyat biasa atau pun lapisan kaya. Tetapi slogan cantik bukan?


Tuan Yg Di pertua pengalaman Negara-negara lain yang memeluk pendekatan meliberalisasikan ekonomi menunjukkan dengan jelas bahawa polisi-polisi neoliberal akan

- Membawa kemerosotan dalam pendapatan dan taraf hidup untuk 60% rakyat dalam masyarakat itu

- Merosotkan Gini coef Negara itu. Pengagihan pendapatan Negara akan menjadi lebih tidak adil.

- Menjejaskan kestabilan bekalan dan harga barangan keperluan asas termasuk bahan makanan

Dan 20% yang termiskin akan mengalami kesan yang teruk sekali.


Tuan Yg Di Pertua, saya ingin membawa perhatian Dewan kepada suatu article bertajuk “India Story is back as foreign money pours in” yang terkandung di New Straits Times pada 19hb Oktober 2009. Izinkan saya membaca beberapa keratan daripada article ini.


“Foreign investors have been racing to put their money in Asia’s third-largest economy drawn by a slew of upbeat economic indicators.The benchmark Sensex index is already up nearly 80% so far this year – ranking it among the top 10 performers globally – as foreign investors have pumped in US $ 13.6 billion into stocks.


Corporate profits are expected to log an average 23% growth this fiscal year.”



Dalam m/s 17 surat khabar yang sama pada hari yang sama ada suatu artikel lagi bertajuk “It’s the stick for India as it gets tough on Naxals”. Artikel kedua ini berbunyi begini –


“A fierce battle is raging between the Manmohan Singh government and the votaries of Mao Zedong.The Naxals’ rise has been phenomenal in the last 5 years. Attempts to build roads and set up industries have fuelled resistance. Poor handling has stirred conflicts. One government estimate suggests the extremists have pockets of influence in 20 states. Extremist violence affects 223 of India’s 625 districts.”



Adakah dua perkara ini berasingan dan tidak kena mengena satu sama lain?

On one side kita dapati untung korporat yang lumayan dan kemasukan FDI yang hebat. Pada bahagian yang lain kita dapati pemberontakan petani miskin yang dipimpin oleh guerilla Naxalit.



Pada tangkapan saya, dua perkara ini adalah sangkut paut. Peminggiran lapisan-lapisan miskin oleh pendekatan neo-liberal yang sedang diambil oleh kerajaan India adalah sebab utama kumpulan seperti Naxalit dapat sokongan sehingga sekarang Perdana Menteri Indian sendiri telah menafsirkan tekanan Naxalit sebagai cabaran terbesar untuk Negara India.



Kita tidak ada pemberontakan bersenjata di Malaysia. Tetapi kita boleh nampak gejala-gejala peminggiran di masyarakat kita juga dalam bentuk fenomena Mat Rempit dan fenomena geng-geng pemuda India.



Hakikatnya Tuan Yg Di Pertua ia-lah kesaksamaan social adalah penjamin keamanan sesebuah masyarakat. Jika corak pembangunan menekan dan menyusahkan lapisan-lapisan bawah, maka perasaan marah dan benci akan menimbul di kalangan rakyat terutamanya antara pemuda kita. Dan slogan-slogan manis seperti rakyat didahulukan tidak boleh membendung perasaan marah ini.


Caranya untuk mengatasi masalah jenayah di masyarakat kita bukan dengan mengadakan lebih ramai anggota polis untuk menangkap dan lebih banyak penjara untuk menahan orang. Caranya adalah untuk melaksanakan suatu dasar pembangunan yang mesra rakyat – di mana gaji pekerja biasa adalah di tahap munasabah dan kemudahan asas sesebuah keluarga dapat diperolehi dengan pendapatan ini. Hanya begini perasaan solidariti kemasyarakatan dapat dipupuk dan perasaan ini adalah bendung yang terbaik untuk jenayah.


Kita ada ramai orang pakar ekonomi di Kementerian Kewangan dan di EPU. Saya tidak faham bagaimana mereka yang cerdek ini menyokong suatu pendekatan yang akan menyusahkan rakyat kita. Pada para pakar dan perancang ekonomi di EPU dan Kem Kewangan saya ingin mengesyorkan - tolonglah rujuk pada kesan polisi neolibealaisasi terhadap Gini Coeff di Negara-negara di Afrika dan Amerika Selatan. Juga rujuk pada kesan polisi neoliberal terhadap pembekalan makanan di Haiti, Colombia dan Mesir.

Suatu artikel yang mengandungi kritikan yang baik terhadap polisi neoliberal adalah article bertajuk The Bolivarian Alternative dalam majallah Monthly Review September 2009. Majallah ini boleh di dapati di Librari Parliamen, dan saya harap pakar ekonomi dalam EPU dan Kem Kewangan akan ambil sedikit masa untuk membaca analisa En Martin Hart-Landsberg.

Tuan yang dipertua, saya setuju 100% dengan PM bahawa rakyat harus didahulukan. Tetapi ini tidak akan berlaku dalam suatu rancangan pembangunan yang utamakan keuntungan kaum korporat.

Itulah sebabnya saya kecewa – cogan kata sahja yang cantik. Tetapi dasar-dasar pembangunan akan menekan dan menyusahkan rakyat kita. Masalah-masalah ekonomi yang dihadapi oleh rakyat kita akan dijadikan lebih merunsing oleh Belanjawan ini


Maaf! Saya tidak dapat menyokong!



Terima kasih.

Wednesday, October 28, 2009

Isu Tragedi di Kuala Dipang - Kronisme Bermaharajalela

oleh : Nagenteran
Parti Sosialis Malaysia


Saya S.Nagenteran selaku pegawai khas kepada ahli parlimen Sungai Siput kesal dengan kejadian yang berlaku di Kuala Dipang dan mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga dan rakan rakan mangsa atas kehilangan nyawa Dina Deve Nathan.


Saya telah melawat kawasan tragedi, dan saya dapat merumuskan dua perkara utama iaitu :

  • Kecuaian Pejabat Pendidikan Daerah Kinta selaku Penganjur Program.
  • Tahap keselamatan dan struktur Titi Gantung.


Penganjur.


Sebagai pihak penganjur Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Selatan harus dipertanggungjawabkan atas kejadian ngeri ini. Ini kerana sebagai penganjur merek

a harus kaji tahap keselamatan tapak perkhemahan. Menurut sumber, kem ini telah dirancang dua bulan yang lalu, pada masa itu juga pasti ada khabar bahawa cadangan pembinaan Titi Gantung baru. Kalau ada berita tersebut haruslah kaji dulu tahap keselamatan Titi tersebut.


Pada hal sebenarnya tapak perkhemahan tersebut juga dibawah pentadbiran sendiri.


Adakah pejabat ini membuat pemerikasaan tahap keselamatan terhadap Titi Gantung selepas ianya disiap dan sebelum dibenarkan untu kegunaan orang awam. Nampaknya pih

ak PPD gagal dalam hal ini.


Ada yang menyatakan bahawa ada pelajar lompat diatas Titi Gantung. Itu adalah perkara biasa yang dilakukan oleh budak budak. Persoalanya adakah arahan ataupun taklimat dikeluarkan tentang cara penggunaan Titi Gantung. A

dakah pelajar pelajar dinasihatkan te

ntang aspek keselamatan semasa pengunaan Titi Gantung.


Adakah pemantauan dari guru guru semasa pelajar mengunakkan Titi Gantung ini? Ini kerana semasa kejadian adalah waktu malam. Tiada guru yang dipertanggungjawabkan untuk keselamatan pelajar khas untuk Titi ini.


Struktur Titi Gantung.


Secara mata kasar juga kita boleh menyoal pembinaan blok simen penahaan kabel Titi Gantung ini. Kerana blok yang tercampak itu tidak begitu berat. Ikut pakar blok penahaan kabel harus dibina dengan mengambil kira jumlah

berat titi tersebut dan berat yang akan tanggung semasa pengunaan. Oleh itu perlu ada satu cadangan dari pihak jurutera ataupun kontraktor yang menyatakan anggaran berapa orang boleh guna pada satu yang sama.


Tiada papan tanda di sekitar kawasan tersebut yan mengandungi aspek keselamatan semasa penggunaan Titi Gantung Tersebut. Ini adalah menunjukkan aspek keselamatan langsung tidak di kira selepas ianya dibina ataupun kerja kerja pembinaan masih belum siap/


Saya juga diberitahu bahawa Titi Gantung ini adalah sumbangan sebuah syarikat kepada PPD. Walaupun sumbangan, PPD harus mengkaji akan pengunaannya. Kita tidak boleh menerima sebarang sumbangan dengan tutup mata. Saya disini mengsyorkan kepada SP

RM supaya siasat syarikat yang menyumbang Titi Gantung dan apakah realitinya syarikat ini menyumbang Titi Gantung? Saya juga harap Menteri pendidikan harus mengambil tindakan terhadap


Pengarah Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Selatan. Ataupun Pengarah sendiri letak jawatan sebagai kecuaian dari semua aspek, dari mula menerima sumbangan hinggalah meluluskan program Kem 1 Malaysia ini di tapak perkhemaan yang tidak selamat.







Sunday, September 20, 2009

Adakah Rakyat Sg Siput memerlukan seorang pemimpin ala Zamindar yang memberi sedekah atau seorang Komrad yang memperjuangkan hak mereka



– Satu analisa berdasarkan berita di akhbar Tamil Nesan bertarikh 20/09/09


Pada hari ini (20-09-09) , satu artikel mengenai wakil rakyat Sg Siput, Dr Kumar telah dikeluarkan di akhbar Tamil Nesan yang ditulis oleh seorang yang tidak mahu namanya disiarkan di mana antara lainnya menulis bahawa Dr Kumar adalah seorang yang tidak berpengalaman dalam politik dan tidak berkhidmat kepada rakyat Sg Siput. Si penulis juga memberitahu kononnya rakyat akan menolak kepimpinan Dr Kumar pada pilihanraya akan datang kerana tidak membantu rakyat dalam bentuk kewangan dan hanya pihak MIC sahaja yang membantu rakyat.


Kebetulannya pada hari ini, satu majlis pembukaan Pusat Kebajikan Taman Muhibah telah diadakan di Sg Siput dan pihak pusat tersebut telah menjemput Dr Kumar dan juga Timbalan Presiden MIC Sg Siput, En Elango untuk majlis tersebut. Dr Kumar dalam ucapannya telah menegaskan bahawa rakyat Sg Siput sendiri yang telah menolak Samy Vellu. Beliau mengaku tidak boleh bertanding dengan pihak MIC dalam memberi bantuan kewangan kepada rakyat tetapi MIC tidak boleh menandingi malah mendekati kemampuan Parti Sosialis Malaysia memperjuangan hak rakyat secara jujur dan saksama. Jesteru, pihak MIC terpaksa memberi bantuan kewangan ( baca= memberi sedekah daripada wang rakyat sendiri) untuk menutup ketidakmampuan mereka memperjuangan isu rakyat seperti kemiskinan, perumahan untuk peneroka dan sebagainya.


Di penghujung ucapannya, Dr Kumar memberi satu persoalan; adakah rakyat Sg Siput memerlukan seorang pemimpin ala Zamindar (Tuan Tanah) yang memberi sedekah daripada wang yang dirampas daripada rakyat itu sendiri atau seorang Komrad yang memperjuangkan hak semua semua rakyat tanpa mengira kaum dan agama.


Kami di Parti Sosialis Malaysia (PSM) Sg Siput yakin kerja akar umbi yang telah dimula sejak akhir tahun 70-an melalui kelas-kelas pendidikan amat popular pada ketika itu. Kami yang bergerak atas nama ‘Alaigal’ mula digeruni kaum majikan apabila memperjuangkan hak rakyat tertindas terutamanya di estet serta jujur dalam membawa isu pekerja. Kemudiannya, perjuangan ini lebih ke ‘kiri’ dan bergerak ke hadapan dengan membawa isu perjuangan gaji minima untuk pekerja serta menentang sistem neoliberal. Dan di bumi Sg Siput pula, setiap isu yang timbul dari isu pekerja Ladang Kamiri dan Changkat Salak sehinggalah ke masalah petani Rimba Panjang dan peneroka KTM, kami yang dipimpin oleh Dr Kumar telah mengambil langkah kiri di mana kuasa rakyat disatukan dan dibawa ke hadapan untuk diperjuangkan.


Perjuangan yang sedar dan berterusan berasaskan ideologi dan kepimpinan


Pilihanraya telah digunakan sebagai taktik untuk membongkarkan segala penindasan yang dilakukan oleh kaum majikan (baca=kapitalis) dan bagaimana parti-parti di Barisan Nasional menjadi patung boneka mereka. Ketidakganjakan Dr Kumar dan PSM dalam menyambung perjuangan di bumi Sg Siput walaupun kalah dalam dua pilihanraya berturut-turut (1999 dan 2004) telah memberi gambaran baru kepada rakyat Sg Siput bahawa politik bukan hanya semata-mata pilihanraya lima tahu sekali tetapi perjuangan yang sedar dan berterusan berasaskan ideologi dan kepimpinan.

Sebenarnya, banyak faktor telah menyebabkan kemenangan Dr Kumar dan Parti Sosialis Malaysia mengalahkan Samy Vellu yang telah menang sejak 34 tahun yang lalu di Sg Siput. Ketelusan dan kesinambungan kerja-kerja Dr Kumar dan PSM memang memainkan peranan yang penting. Kecetusan kumpulan “Hindraf” yang mengetengahkan isu kaum India yang tertindas juga satu faktor yang lain. MIC yang selalu memainkan isu perkauman telah gagal mendapatkan sokongan majoriti kaum India Sg Siput namun kita harus sedar bahawa pengund

i masyarakat India hanya meliputi lebih kurang 22% daripada keseluruhan pengundi Sg Siput. Samy Vellu dan MIC Sg Siput tidak dapat mengetengahkan isu kaum lain kerana sikap prejudis mereka ini dan ideologi perkauman yang mereka anuti.


MIC dan Samy Vellu hanya mendiamkan diri selama ini


Sejak lebih tiga dekad ini, banyak masalah utama rakyat kebanyakan di Sg Siput tidak dapat diselesaikan oleh Samy Vel

lu dan

konco-konconya. Masalah perumahan peneroka bandar Sg Siput di Sg Buloh, Belakang Shing Chung, Kg Bengali,

Kg Gopal dan Kg Veerasamy gagal diselesaikan padahal kerajaan pusat dan negeri dikuasai oleh Barisan Nasional d

an Samy Vellu hanya mendiamkan diri selama ini. Tiada satu skim

perumahan murah yang menyeluruh untuk semua rakyat Sg Siput dan Samy Vellu hanya mendiamkan diri selama ini. Penoreh getah di Ladang Kamiri dan Changkat Salak diusir keluar oleh majikan mereka dan Samy Vellu hanya mendiamkan diri selama ini. Ramai petani di Rimba Panjang dan Sg Buloh diusir keluar dari tanah mereka kerana tiada geran tanah dan Samy Vellu hanya mendiamkan diri selama ini. Sudah lebih tiga tahun, penduduk Melayu Kg.PPMS tidak diberi tanah ekonomi seperti yang dijanjikan dan Samy Vellu hanya mendiamkan diri selama ini.


Selepas Mac 2008


Situasi telah banyak berubah selepas kemenangan Dr Kumar di Sg Siput pada Mac 20

08 yang lalu. Peruntukan yang sepatutnya diberikan kepada beliau telah diberikan kepada ‘pihak ketiga’ di Sg Siput (baca = mungkin calon yang kalah) dan satu surat balasan daripada pihak Parlimen menyatakan wang peruntukan RM 500,000 untuk Sg Siput telah dibelanjakan. Namun, ramai daripada kami di Sg Siput masih bertanya-tanya akan ke mana perginya wang tersebut.


Dr Kumar pula terpaksa menjaga kawasan Parlimennya tanpa wang peruntukkan tersebut dan ini secara tidak langsung telah membantu beliau untuk memperkasakan kuasa rakyat untuk membawa isu rakyat itu sendiri. Pengalaman dalam perjuangan kiri telah membantu Dr Kumar dan PSM untuk

mengorganisasi rakyat dalam membawa masalah rakyat ke hadapan. Jawatankuasa penduduk ditubuhkan di setiap kawasan bermasalah dan rakyat dibawa berbincang untuk memberi idea dan penyelesaian.


Dua demonstrasi ( Kg KTM dan Kg PPMS) telah dibuat atas kepimpinan Dr Kumar untuk membawa isu rakyat kepada pihak berkuasa. Hasilnya, pihak berkuasa terpaksa tunduk akan kemahuan rakyat dan perjuangan sebegini ternyata memberi satu dimensi baru kepada rakyat umum akan cara memperjuangan isu mereka. Mengapakah pihak pemerintah dan MIC (Samy Vellu) tidak boleh melakukan sesuatu seperti ini dalam tempoh pemerintahan mereka lebih tiga dekad yang lalu?


Di mana silapnya?


Dr Kumar dan Parti Sosialis Malaysia bergerak bertongkatkan ideologi sosialisma yang mementingkan hak rakyat sebagai asas perjuangan. Segala isu rakyat yang dibawa akan dilihat sebagai

satu kesan penindasan sistem majikan yang mementingkan keuntungan. Undang-undang yang direka di Parlimen dilihat bias kepada kaum kapitalis sahaja. Segala alat pemerintahan yakni polis, kehakiman, perundangan, media utama dan sebagainya diklasifikasikan sebagai alat boneka kaum kaya kapitalis. Jesteru, kepercayaan bahawa kuasa rakyat sahaja boleh meruntuhkan sistem yang menindas ini akan ditanam dalam sanubari rakyat yang berjuang. Dan selalunya politik perkauman dikaitkan sebagai alat yang memisahkan rakyat dan harus ditentang.

Tetapi, MIC, Samy Vellu , Barisan Nasional dan ‘sebagainya’ masih bermain dengan isu perkauman ‘pecah dan perintah’ yang dipeloporkan oleh kaum penjajah. Idea untuk mengembleng kuasa rakyat sudah lupus dalam minda mereka. MIC dan parti-parti lain di BN terpaksa tunduk dengan kemahuan UMNO yang menjadi tali barut utama kaum kapitalis di Malaysia. Hasilnya, kepimpinan MIC dan konco-konco yang korup digunakan sepenuhnya untuk kepentingan UMNO dan kaum majikan. Selepas agenda mereka selesai, kepimpinan yang korup ini akan dibuang kerana hilang populariti dan akan digantikan dengan boneka yang lain. Situasi ini yang berlaku kepada Samy Vellu yang kini tertelagah dengan Tun Mahathir. Kedua-dua pemimpin tersebut sahajalah yang untung kerana telah kaya dengan menjadi boneka kaum kaya dan memperkudakan rakyat.


Namun, kematangan rakyat kebanyakan telah dengan sendirinya telah menolak politik songsang ini dan ini sangat jelas apabila rakyat mendahagakan perubahan dan Pakatan Rakyat merupakan satu-satunya alternatif yang wujud dan mendapat sokongan rakyat. Bumi Sg Siput juga kini dipimpin oleh Dr Kumar dan Parti Sosialis Malaysia. Angin perubahan ini masih bertiup merdu di sini dan segala usaha yang dilakukan adalah untuk memperkasakan kuasa rakyat dan ini akan berterusan walaupun tanpa peruntuk

an.


Hidup Rakyat.. Hidup Warga Perjuangan


Salam Revolusi

Karti

Pemuda Sosialis

Monday, September 14, 2009

Malam Salam Perjuangan

Parti Sosialis Malaysia di Perak sekali lagi telah berjaya mengadakan majlis makan malam pada 12hb September yang lalu yang antara lainnya bertujuan untuk mencari dana untuk menjalankan aktiviti dan programnya. Ternyata majlis ini meriah dan penuh hangat dengan ucapan yang bersemangat dan diwarnakan dengan drama dan lagu progresif anak mudanya.


Majlis dimulakan dengan ucapan Suadara Segar dari Alaigal dan Saudara Sugu dari PSM Sg Siput yang mengalu-alukan para hadirin dan menerangkan serba sedikit mengenai perjuangan PSM di peringkat nasional dan akar umbi. Ini diikuti pula dengan satu lagu progresif yang dinyanyikan oleh Sdr Segar. Upacara pembukaan dilakukan dengan tayangan power point yang menerangkan sejarah pergerakan kiri tanah air yang kini disambung oleh Parti Sosialis Malaysia serta pengumuman cawangan-cawangan PSM di seluruh Perak. Upacara pembukaan diakhiri dengan nyanyian lagu Internationale yang diketuai oleh Komrad Chon Kai.


Ini diikuti pula dengan beberapa siri ucapan dan lagu progresif anak muda PSM. Sdr Sivarajan yang mewakili PSM Pusat pula menerangkan isu yang sedang berlaku di Selangor terutamanya isu kepala lembu dan analisa bagaimana pihak kapitalis dan kerajaan memainkan isu perkauman untuk memecahbelahkan rakyat.


Pemimpin PSM Perak, Dr Kumar yang juga merupakan Ahli Parlimen Sg Siput telah menjelaskan kerja-kerja akar umbi yang dilakukan di Perak dan khususnya di Sg Siput di mana beliau menegaskan selepas perampasan kuasa di Perak, kepentingan mengembleng kuasa rakyat untuk menerajui isu adalah penting dan itulah yang sedang dilakukan di Sg Siput dimana dua isu besar telah diselesaikan dengan membuat demo oleh rakyat yang terlibat. Beliau menyatakan hanya kuasa rakyat yang dipimpin secara sedar sahaja yang boleh membawa perubahan nyata.


Komrad Saras, Timbalan Pengerusi PSM Pusat yang merangkap calon PSM untuk Jelapang pula telah menjelaskan isu rakyat di Jelapang dan kawasan sekitar yang perlu pembelaan dan PSM akan sentiasa bersama rakyat dalam membela kepentingan dan hak mereka tanpa mengira fahaman politik dan perkauman. Sdr Nasir Hashim , Pengerusi PSM Pusat pula menegaskan kita tidak boleh terikut dengan permainan politik perkauman BN dan menjadi oportunis untuk menghantam golongan hipokrit. Tetapi pada masa yang sama perlu mempunyai satu ideologi sedar bahawa isu yang berlaku ialah satu pertembungan antara kelas dan bukannya kaum.


Anak muda PSM kemudiannya menyanyikan tiga buah lagu progresif dalam tiga bahasa yang antara lainnya menyeru rakyat bangkit melawan penindasan dan bersatu menentang musuh.


Pada seketika, majlis menjadi riuh apabila Sdr Nizar, Menteri Besar Perak yang sah dan Sdr Sivakumar, Speaker Perak yang sah memasuki dewan dan mendapat tepukan daripada hadirin. Ternyata sambutan kepada mereka menunjukkan Pakatan Rakyat masih popular di bumi Perak dan ini dibuktikan dalam ucapan bersemangat Sdr Nizar yang berkata Pakatan Rakyat boleh merampas semula Perak jika DUN dibuabarkan dan diadakan pilihanraya semula. Sdr Sivakumar juga berucap dengan bersemangat dan memberitahu adalah tanggungjawab rakyat untuk mengulingkan kerajaan haram BN yang korup dan tidak transparen.


Majlis disudahi dengan ucapan terima kasih dan kehadiran ramai penyokong menunjukkan PSM Perak menjadi semakin popular dan berkembang. Kata-kata hikmat kaum kiri iaitu ‘ di mana jua kamu pergi, kamu akan mempunyai rakan dalam perjuangan yang ulung ini’ ternyata maha benar dan PSM sedar beban yang mana perjuangan kiri di bumi Malaysia kini terletak di bahunya.


Hidup Rakyat… Hidup Perjuangan



Salam Revolusi

Karthi

Pemuda Sosialis

Sunday, September 13, 2009

Ucapan Dr Kumar di Majlis Makan Malam PSM di Ipoh

video

Klip video ini ialah ucapan Ahli Parlimen Sg Siput, Dr Kumar di majlis makan malam Parti Sosialis Malaysia (PSM) di Ipoh pada 12/09/09 yang lalu. Laporan lengkap akan menyusul.

Friday, September 11, 2009

Penduduk Tok Sirat Mahu Pembelaan

oleh Ravin, Pemuda Sosialis

SUNGAI SIPUT (U) - Masalah banjir yang membelenggu penduduk di kawasan
Program Penempatan Rakyat Termiskin (PPRT), Tok Sirat sejak berpindah
di kawasan itu sembilan tahun lalu, semakin meresahkan mereka.

Banjir dipercayai berlaku akibat daripada aktiviti pembalakan yang
beroperasi di Ulu Sungai Pelus, berhampiran penempatan berkenaan.

Beberapa kali penduduk di kawasan itu membawa masalah berkenaan ke
peringkat atasan dan pernah diusulkan sewaktu pemerintahan Pakatan
Rakyat (PR), kemudian ke pengetahuan kerajaan tetapi tidak
mendatangkan sebarang hasil.

:Berikutan itu, beberapa penduduk bersama wakil Ahli Parlimen Sungai
Siput (U), mengambil keputusan pergi ke pejabat Menteri Besar Perak
untuk menghantar surat aduan.

P:embantu Ahli Parlimen Sungai Siput (U), S Nagenteran berkata, beliau
bersama empat wakil penduduk telah ke pejabat MB untuk menghantar
surat mengenai masalah tersebut, dengan harapan ia dapat ditangani
dengan segera.

“Masalah sudah berlaku beberapa tahun dan penduduk telah membuat aduan
kepada pihak berkaitan tetapi tiada tindakan diambil. Kita juga pernah
bawa masalah ini sewaktu pemerintahan PR tetapi tidak sempat untuk
diselesaikan.

“Surat yang dibawa penduduk diterima oleh Pegawai Khas MB, Azhar
Ahmad,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Beliau berkata, sejurus menerima surat tersebut, Pegawai Khas MB itu
mengaturkan satu sesi perbincangan di antara wakil penduduk dengan
Ketua Penolong Pegawai Daerah, Azrul Sani Ibrahim.

Katanya, dalam perbincangan itu, Azrul Sani memberi jaminan bahawa
masalah itu akan dibawa ke peringkat yang lebih tinggi dan mencari
jalan penyelesaian yang terbaik.

“Sebelum ini, bekas ketua penolong pegawai daerah pernah berjanji,
penduduk di penempatan itu akan dipindahkan ke kawasan yang lebih
selamat tetapi masalahnya tanah yang diperuntukkan untuk penduduk
adalah milikan orang lain,” katanya.

Nagenteran berkata, dalam sesi perbincangan itu juga dijelaskan bahawa
penduduk akan dipindahkan kepada dua kawasan iaitu di RPA Lasah dan
bersebelahan Kampung Tok Sirat.

:“Mereka bercadang membina rumah teres bersebelahan Kampung Tok Sirat
untuk menggantikan rumah di kawasan yang sering dinaiki banjir.

“Tetapi ia tidak mencukupi untuk menampung keseluruhan penduduk dan
sebahagian daripadanya akan dipindahkan ke RPA Lasah,” katanya.

Wednesday, August 26, 2009

Demo oleh Penduduk PPMS Sg Siput di bawah Kepimpinan Dr Kumar Ahli Parlimen Sg Siput



Pada 24hb Ogos 2009 yang lalu, satu demo dibawah kepimpinan Ahli Parlimen Sg Siput, Dr Jeyaklmart telah diadakan di hadapan Pejabat Menteri Besar Perak. Penduduk sebuah kampung pedalaman di Sg Siput yang dikenali sebagai Kg PPMS (Program Pembangunan Masyarakat Setempat) telah menuntut agar nasib mereka dibela oleh pihak berkuasa kerana menjadi mangsa satu projek yang gagal.


Latar Belakang Isu PPMS


Pendudk PPMS ialah dari golongan masyarakat miskin di Sg Siput yang ditawarkan rumah dan projek ekonomi pada tahun 2006. Seratus buah rumah telah dibina di kawasan Perlop dan dirasmikan oleh bekas Menteri Besar, Dato Seri Tajol Rosli. Namun, selepas hampir tiga tahun berlalu, projek ekonomi yang dijanjikan masih tidak diberikan kerana beberapa masalah. Ini menyebabkan hampir semua penduduk kampung terpaksa keluar lebih 30km untuk mencari nafkah. Kebanyakan daripada mereka berpendapatan rendah dan hampir 30 peratus daripada gaji mereka terpaksa diagihkan untuk perbelanjaan petrol.


Ramai yang terpaksa bekerja lebihan masa untuk menampung perbelanjaan keluarga yang lain. Keadaan penduduk bertambah teruk sehingga banyak rumah yang dipotong bekalan elektrik dan air kerana tidak mampu membayar tunggakan yang berlebihan. Pemotongan bekalan air secara beramai-ramai dilakukan oleh pihak LAP pada 17hb Ogos 2009 yang lalu.


Selain itu, perbelanjaan setiap anak murid yang pergi ke sekolah menengah ialah hampir RM80 sebulan dengan menggunakan perkhidmatan van sapu. Namun ketidaktetapan perkhidmatan ini serta ketidakmampuan ramai keluarga untuk menampung kos pengangkutan ini telah menyebabkan ramai pelajar tercicir sekolah dan ramai yang bakal mahu berhenti sekolah.


Situasi Masa Kini


Dr Jeyakumar, ahli Parlimen Sg Siput telah melawat kampung ini beberapa kali dan para penduduk telah mengutarakan masalah ini kepada beliau. Beliau telah menyediakan satu bas sekolah secara percuma untuk kami dengan kos RM 3000 sebulan yang telah dimulakan pada 3hb Ogos 2009 yang lalu. Namun beliau mengadu, beliau tidak mampu meneruskan projek perkhidmatan bas sekolah ini kerana tidak mampu. Beliau hanya boleh menampung kos tersebut untuk tempoh dua bulan sahaja iaitu pada bulan Ogos dan September kerana tiada peruntukan.




Tuntutan Penduduk-Penduduk PPMS


Mereka mahu Menteri Besar Perak supaya :


  • Menyambung balik bekalan air ke rumah-rumah kami dan memansuhkan tunggakan air penduduk PPMS. Kami ingin menuntut subsidi air untuk setiap keluarga kampung ini sehingga masalah ekonomi kami diselesaikan

  • Mengambilalih projek pengangkutan bas sekolah percuma dan menanggung kos tersebut sehingga masalah ekonomi kami diselesaikan

  • Menyediakan satu Jawatankuasa Kerja (Task Force) untuk mengkaji setiap masalah yang wujud pada projek PPMS seperti tunggakan bil elektrik, masalah lalat dan lain-lain.

  • Menyelesaikan masalah ekonomi kami dengan memberikan tanah seperti yang dijanjikan pada tahun 2006 yang lalu.



Kuasa Rakyat Membuah Hasil


Hasil demonstrasi tersebut, satu mesyuarat antara penduduk, Dr Kumar dan Pengurus Besar LAP telah diadakan pada hari itu juga oleh pihak pejabat MB dan hasil mesyuarat tersebut, pada keesokan harinya, pihak LAP telah memasang semula bekalan air untuk kesemua rumah yang dipotong dan berjanji akan menyedia satu skim subsidi untuk kesemua penduduk sekiranya mendapat pengesyoran daripada pihak kebajikan. Pihak MB juga berjanji akan mengadakan mesyuarat dengan kehadiran pendudk dan Ketua Timbalan Pegawai Daerah Sg Siput, En Azrul Sani dalam masa seminggu ini untuk memcari satu penyelesaian untuk masalah tanah. Dalam satu mesyuarat kecil selepas itu, Dr Kumar memberitahu penduduk kampung bahawa keberanian penduduk datang sendiri menyuarakan hak telah membuahkan hasil dan menyediakan jalan untuk satu penyelesaian yang sekian lama terbantut. Beliau menegaskan hanya melalui kuasa rakyat sahaja kepentingan rakyat akan dilaksanakan.

Salam Revolusi

Karti
Pemuda Sosialis



PSM Sg Siput telah melahirkan rasa tekad akan menggunakan logo PSM dalam pilihanraya akan datang dan akan memperjuangkan hak untuk bertanding dengan logo sendiri . Kegagalan pihak SPR untuk meluluskan logo 'tangan kiri' akan memperkuatkan lagi tentangan kami untuk hak berpersatuan dan bertanding dalam pilihanraya. Sepatutnya, SPR harus memulakan transformasi yang diwar-warkan olehnya dan bertindak seperti sebuah badan penun berkecuali. Pendaftaran parti dan logo merupakan satu kemenangan PSM dalam menggugat sistem yang menindas dan merupakan satu langkah kecil ke puncak.

Perbahasan Dr Kumar di Parlimen

Prestasi Satu Tahun Dr Kumar

EC approves PSM's clenched fist logo

EC approves PSM's clenched fist logo
Apr 29, 09 11:24am
Parti Sosialis Malaysia (PSM), having recently won a decade-long battle for recognition from the Registrar of Societies, today announced another victory that its logo has been approved by the Election Commission.

The EC had previously rejected the logo - a white coloured clenched fist against a red backdrop - as it was found to have "connotations of violence" and was "morally unsuitable".

psm with wording logoHowever this morning PSM announced that the EC had allowed their appeal to use the logo through a letter dated April 20.

This means the party can use its own logo in the next general election and any future by-election which it wants to contest.

The commission had not given any reason for their change in mind in approving the logo, said party officials at a press conference held in the party headquarters in Brickfields this morning.

It has taken the party 10 long years to clear every legal hurdle to be registered as a political party. It was denied registration from 1998 to 2008 as it was regarded as a threat to national security.

The party was finally approved by the Home Ministry on Aug 19, 2008 and registered by the ROS in accordance with the Societies Act 1966.

spr approve psm logo 290409 nasir hashimHowever it faced a stumbling block when the Election Commission rejected the logo when it sought to register as a political party with the commission in February this year..

PSM, led by Selangor state assemblyperson Dr Nasir Hashim (right), was founded in 1998 and is the only socialist party in Malaysia.

The party also has a member of parliament in Dr D Jeyakumar who represents Sungai Siput. The two seats were won on PKR tickets in last year's general election.