Rakyat atau Lynas? Nyawa atau keuntungan?

Thursday, October 6, 2011

Piket Menentang Pindaan Akta Kerja – Hak Pekerja Semakin Digadai




Hari ini, piket bantahan pindaan Akta Kerja 1955 telah dianjurkan oleh Parti Sosialis Malaysia dan Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT) di 8 kawasan seluruh Malaysia. Dr Kumar, Ahli Parlimen Sg Siput memberitahu Kerajaan BN mahu meluluskan pindaan akta ini hari ini melalui bacaan kedua.

Piket yang diadakan di Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Penang dan Johor ini mendapat sambutan yang baik . Di Perak, piket bantahan ini diadakan di kawasan perindustrian Sg Siput dan Tasek, Ipoh. Rata-rata pekerja membantah pindaan akta ini yang antara lainnya akan memberi ruang yang lebih luas kepada majikan untuk mengkontrakkan pekerja serta melambatkan pembayaran gaji OT. Situasi sebegini jelas sangat berat sebelah terhadap kaum majikan dan persoalannya mengapa setiap kali wujud pindaan, kepentingan kapitalis diutamakan oleh kerajaan dan hak pekerja digadai.

Pada ketika warga pekerja memperjuangkan gaji minima yang masih diputarbelitkan oleh Kerajaan BN, pindaan Akta Kerja ini diharus dianggap sebagai usaha untuk memujuk kaum kapitalis untuk terus melabur di negara ini dan janji daripada Kerajaan BN untuk menjaga kepentingan majikan ini.

Sdr Nathan , kordinator Jerit dari Sg Siput memberitahu pindaan akta ini akan:

  1. Memberi kesan sepertimana yang berlaku kepada pengawal keselamatan yang dihalang untuk memasuki kesatuan dan kini kebanyakan mereka bekerja di bawah kontrak yang tidak melibatkan majikan kilang. Bayaran gaji dan potongan KWSP SOCSO mereka sangat terjejas. Adakah pindaan ini satu komplot konspirasi kerajaan yang menjadi boneka majikan untuk menghapuskan kewujudan kesatuan sekerja.

    2.       Memberi kesan kepada pembayaran balik pinjaman perumahan kepada bank.  Kaum pekerja terlalu
          bergantung kepada gaji OT untuk menguruskan perbelanjaan keluarga. Pihak bank akan mengenakan
         denda bayaran lewat dan pernah sekali, pekerja-pekerja Kialng Belton, Sg Siput berpiket hentikan
         kerja sehari kerana pihak majikan lambat membayar gaji mereka sehingga lebih 20 hari dan ini
         menyebabkan tunggakan bayaran yuran anak-anak serta bil-bil utiliti.

Kebangkitan kaum pekerja akan menjadi lebih rancak dengan pindaan berbentukan penindasan ini dan PSM akan bersama pekerja membawa isu ini ke hadapan dan menuntut agar pekerja bangkit melawan kaum penindas ini dan kuasa rakyat yang bersatu sahaja yang boleh membawa arus perubahan ini.

Salam Revolusi

Kartimn
Kordinator Pekerja PSM


0 comments:

Dr Kumar membahas Rancangan Malaysia ke-10 - Bhg 1

Klik untuk Bahagian 2 dan Bahagian 3

Kem Anak Muda Sosialis 2010

Loading...

Perbahasan Dr Kumar di Parlimen

Prestasi Satu Tahun Dr Kumar

Pekerja Kilang Belton Mogok